Jumaat, 13 November 2009

Pesanan Buat Skip Soul Reformation

Terbaiklah dan Good Luck saja yang mampu aku ucapkan buat si blogger yang bernama Aizat... Setiap malam bersengkang mata demi menaiktarafkan blog beliau... Pada pendapat Mr Ali, sekiranya saudara Aizat bekerja dengan syarikat telekomunikasi, maka hancur musnah atau dengan kata englishnya "bankrup" syarikat tersebut. Hal ini terjadi kerana, setiap hari ada sahaja kerja-kerja menaik taraf... Sedangkan pada kebiasaannya, syarikat telekomunikasi hanya melakukan kerja-kerja menaik taraf pada awal tahun dan musim-musim perayaan...

Cleaner Soccer

Haaa!!!!!!
Apa itu Cleaner Soccer???
Anda semua tahu???
Haa...ni aku nak cerita kat korang semua...
Sebenarnya ni salah satu sukan yang baru diperkenalkan oleh Mr Ali, Amirul, Haqemi dan Nik. Sangat-sangat menarik... huhuhu... Bagaimana terciptanya permainan ini??? bunyi pun dah pelik kan??? Ceritanya bermula ketika pemain-pemain futsal KPZ sedang bermain futsal di gelanggang Za'ba. Sedang kami seronok beraksi di gelanggang futsal tersebut (itu pun sebab Amirul buat skill ala-ala samba dengan terkangkang-kangkang) hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi, dalam ramai-ramai yang main futsal tu tinggal la Mr Ali, Aizat, Amirul, Haqemi, Nik dan Stanley. Maka bermulalah sesi sembang-menyembang yang menggantikan sesi bersukan tadi. Tiba-tiba terdetik di hati aku nak cuba belajar skill yang telah Amirul lakukan tadi (samba kangkang). Aku terus ambil bola dan terus lakukannya sambil disertai juga oleh Nik aka Zizan dan Haqemi. Arghhhh.... Dalam hati aku "susah betul la nak buat skill ni". Selang 2minit aku sudah mula bosan kerana skill itu amat sukar nak ditiru. Tiba-tiba terlintas difikiranku untuk bermain Cleaner Soccer setelah aku melihat penyodok sampah serta penyapu longkang Mak Cik Cleaner. Nak buat apa dengan penyodok sampah dan penyapu tu erkk??? Hehehe.. Apa lagi, nak wat tiang gol la... Sebab itulah permainan ni dinamakan Cleaner Soccer kerana menggunakan peralatan untuk membersihkan blok Pintar ni. Mak Cik Cleaner jangan marah tau, kitaorang pinjam kejap je... Perrggghhhh... Lagi penat main Cleaner Soccer ni daripada main futsal... Amirul sekejap je dah pancit. Nasib baik ada Matmin ganti Amirul... Skill je lebih stamina zero... hahaha.. Mirul jangan marah.. Penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut hanyalah Aizat dan Stanley..Opsss..Amirul pun ada tengok tapi masih tercungap-cungap... Perlawanan tersebut tamat setelah seruan azan berkumandang (nasib baik ada orang azan kat surau kalau tak sampai pukul 9 masih diteruskan). Kemenangan milik team Mr Ali dan Matmin (selepas menggantikan Amirul) dengan jaringan 6-5 mengalahkan team Haqemi dan Nik...

Ahad, 1 November 2009

Multi Bag

Hari aku terjumpe satu benda menarik ketika pulang dari foodcourt... Nak tau ape benda tu??? MULTI BAG!!! so aku telah interview pemilik beg tersebut (raimee bukan nama sebenar).


mr ali : wahhh! ini beg kau ke?
raimee : ye la...
mr ali : best la beg kau ni...
raimee : haa.. tau tak pe..
mr ali : ape kelebihan beg ni?
raimee : macam-macam. boleh bawak pergi kelas, balik kampung, berkelah dan masukkan buah rambutan seperti mana yang saudara lihat ni...










mr ali : errmmmm.. memang dasyat beg ni... boleh masukkan buah rambutan yang banyak.
raimee : sekiranya kau ada tahu sape-sape yang nak beli beg ni bagitau aku ok.
mr ali : ok... (sambil makan rambutan yang diambil di dusun rambutan UPM oleh raimee bukan nama sebenar)










Jadi sesiapa yang ingin membeli MULTI BAG ini boleh tinggalkan komen di post ini... stock hanya satu je... siapa cepat dia dapat... tp mintak maaf la beg ni second hand tau...tapi jangan risau (raimee bukan nama sebenar)kata ada jaminan setahun... Saudara raimee juga ada membuka satu kursus iaitu Kursus Kemahiran Mencari Buah-Buahan Di Dusun UPM. sesiapa yang berminat juga boleh menyertainya...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Ya Ampun...Seluarku Basah....

Malam ni aku ngan mrs ali keluar pergi makan dekat kedai area seri serdang... so bile sampai dekat kedai tu aku pun cari la meja kosong... mula-mula aku duduk menghadap mrs ali... pastu mrs ali ni tak mau pulak duduk menghadap...jauh katanya... hahahaha... so aku pun bangun dan berjalan dengan machonye pergi ke kerusi sebelah mrs ali... bile aku duduk tibe-tibe kurasakan satu cecair menyelinap masuk ke dalam benang-benang seluarku...oh my God... habis basah seluar aku..rupenye aku duduk kat kerusi basah... aduss malunye aku... mrs ali??? ketawa dengan rakusnya la... huh!!! nasib baik tak ada sorang pun manusia yang kat situ perasan melainkan mrs ali yang masih ketawakan aku...

Mee Goreng Sedap

Hari ni malas nak keluar... Makan megi goreng jelah... tapi tak pe.. malam ni keluar date ngan mrs ali... huhuhu... miss her so much... B blanje malam ni tau... hahaha...

Best Goal Of The Year

Petang ni aku dengan kawan-kawan main futsal... so hari ni aku telah menganalisis mutu permainan team futsal blok pintar... nampaknye semakin baik mutu permainan mereka ini...cewah... salah satu yang telah menjadi perhatian aku ialah jaringan seorang pemain yang pada kebiasaanya berada di posisi pertahanan iaitu raimee... hantaran saudara kamarudin amat tepat lalu raimee merembat bola itu... apakah yang terjadi??? gol atau pun tidak??? YA... bola itu berjaya ditepis oleh penjaga gol yang bernama qimie dengan menggunakan kepalanya... amat zalim raimee... sila kembali ke posisi defend anda ye... hahaha...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Aku Dekat Mane Ni???

Aku mcm tak percaya la suasana kat blok pintar ni...sunyi sepi... hanya kedengaran suara Ilias je.. tu pun kadang-kadang je... aku kat mane ni??? blok pintar ke hutan??? Ermmmm lagi satu, dah lama tak dengar seruan seorang bapa memanggil anaknya...."AIZAT ABDUL AZIZ.....AIZAT ABDUL AZIZ...." hehehe...

Mee Kari

ada ke patut mee kari yang aku tapaukan untuk mrs ali orang kedai tu campurkan sekali kuah dengan mee...aduss kembang la mee tu..cian mrs ali makan mee kari tu.. sori yerkk... huhuhu

Seorang Mafia Bernama Aizat

Pergghhh dasyat tol aizat abdul aziz ni... kejap je dia dah terer jadi seorang mafia... walaupun bertubuh kecil bagaikan lidi (hahaha) tetapi keazamannya untuk menjadi seorang mafia amat kental... dari hanya menggunakan buku lima untuk memukul dia telah menggunakan bat (kayu besbol) untuk membelasah...khabarnya sekarang telah menggunakan mechine gun pulak... tahniah aizat...anda merupakan seorang mafia yang hebat.......

Nak Balik Ke Tak Nak

Kenape la gap exam ni jauh-jauh sangat... mengalahkan cuti mid sem... aduss... kalau nak balik cian plak kat mrs ali sorang-sorang kat sini... nak pergi meronggeng sen aku plak dah hujung-hujung nyawa... hahaha...

Call

Kenape aku call dia tapi dia tak angkat erkk???
merajuk ke???
risau la...
kan dia sakit perut...
answer my call please....

Roommate Balik

Roommate aku balik hari ni.... suke betul dia nak balik ni... hehehe...
mr kudin yang hantar kat KTM... ehh.. adnan bawak balik labu sayong yang dia beli masa tu..hahaha....jangan sampai kat rumah labu sayong berkecai dah la... hahaha.. selamat jalan...
kudin jangan lupe nasi goreng kampung telur mata yang aku pesan...hehehe...

Selsema

Aku ni selalu sangat kena selsema...resdung ni.. gatal sangat kat hidung ni... hari ni kene selsema yang agak teruk la.. nak bernafas pun susah... ubat selsema dah habis nasib baik mr adnan ada... perghhh...ngantuk betul makan ubat tu... terus tidur dalam pukul 1pm bangun 6pm...

Khamis, 29 Oktober 2009

Sedang Ingin Bercinta By Wonder Media

Ni group aku (Wonder Media) yang buat...


Ku Bahagia By Milenia

Ni Video group Milenia...



Ahli Jawatan Kuasa Buah-Buahan Yang Kantoi Akhirnya

Pagi ni aku hantar budak junior pergi ktm...nak balik kampung la tu... so masa aku tgh panaskan enjin aku nampak la raimee baru balik dari mane ntah aku pun tak tau.. tibe-tibe muncul adnan dari blok pintar keluar dengan tak mandi, tak gosok gigi, tak cuci muka keluar naik motor dengan raimee.. aku tanya la diaorang nak pergi mane...rupenye nak pergi curik buah durian kat dusun upm... owhhh..aku dah tau mmg itu kepakaran mereka... aku ni tumpang makan je..hahahaha..thanks so much u all...hehehe... pastu bile aku balik daripada ktm aku tanya adnan mane buah??? nak tau ape yang dia jawab?? hari ni kantoi dengan pak guard upm la....hahahaha.... nasib baik la raimee pandai menjawab cakap ni 1st time wat keje ni...(padahal kalau kumpul hasil kutipan mereka boleh jadi stor buah kat kpz ni)...


*ape-ape pun aku support korang...

BERKHIDMAT UNTUK BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Balik Kampung

Wahh...mentang-mentang la gap exam lepas ni jauh, roommate aku (mr adnan) nak balik hr ni... seronoknye dia... ko datang sini tak bawak keropok siap ko... tidur luar.. hahaha...

Sakit Perut

Kesian kat B sakit perut... sabar yerkk... orang kan ada... hehehe...

Final Exam

Alhamdulillah....

2 paper dah habis... lepas ni paper ape plak ae??? hehehehe... semoga berjaya mr ali... hehehe...
*pat kau jangan bangun lambat lagi...hahaha...

Sabtu, 12 September 2009

moymoypalaboy

hahaha..aku minat tol video-video moymoypalaboy ni..lawak gile..time aku nk gelak aku tgk la video ni... ni salah satu yg paling aku suke la.. korg tgk la kat youtube kalo nk tgk yg lain..



Khamis, 10 September 2009

Kajian Lapangan ( Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai, Hulu Langat)

Kali ni aku nk ceritakan pengalaman aku masa wat kajian lapangan kat kmpg org asli sg gabai. seronok tau..hehehe.. sebenarmye ni salah satu assignment aku utk class pengantar sosiologi dan antropologi. aku g kmpg org asli ni dua kali. ( 29 Ogos dan 6 September 2009 ).



bergambar di hadapan surau kg. org asli sg gabai

Orang asli kat sini adalah dari suku kaum Temuan yang juga merupakan antara suku kaum org asli yang terbesar kat Malaysia ni. ermmm... org asli yang pertama aku jumpe kat kmpg org asli ni mesti la tok batin..hehehe.. namanya Yatim.. So aku pun mula interview tok batin ni. muda lagi dia ni. baru 35 tahun.



ni la pic aku ngan tok batin


cenderahati tanda kenangan


anak-anak org asli yg comel :)


dari kiri, ali,simon,jenab,tok wan,ct ct ngan anak-anak org asli


Lepas aku dah interview tok batin aku g la interview penduduk kmpg yang lai. selesai aku dapatkan maklumat, aku g air terjun Sg. Gabai plak.. best tue.. rugi kalo korg x g..hehehe.. cantik view kat situ. nasib baik la masa aku g tempat 2 time puasa..kalo x dah tentu aku terjun kat air yang sejuk 2...





nasib baik time puasa, kalo x aku dah terjun...



indahnye pemandangan air terjun nie









aku ngan baby..hehehe :p

menarik kan???


hehehehe...masa perjalanan pulang aku singgah jap kat empangan air hulu langat. cantik view kat empangan 2.. so aku syorkan korg g la melawat kat sini. 1st kita dapat kaji masyarakat org asli yang merupakan etnik minoriti kat Malaysia ni. 2nd cuti-cuti Malaysia...hehehe...


pemandangan di empangan hulu langat



aku dengan kudin (RA aku ni..hehehe)




Pastu setel semua 2 aku blk tdo la..hehehe...

Sepintas Lalu Tentang Kajian Ilmiahku

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Tujuan menulis entri ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan mengenai kajian ilmiah yang aku lakukan. Kajian yang sedang aku lakukan ialah mengenai unsur-unsur teladan yang terkandung dalam lirik lagu Tan Sri Dato SM Salim.




Projek ilmiah aku ni diselia oleh Dr. Normaliza Abd Rahim yang juga sebagai penasihat akademik aku. Errrmmm..tegas orangnye tp best la..hehehehe... Ok2 berbalik pada kajian ilmiah yang aku lakukan tadi tu..Kaedah kajian yang aku gunakan adalah melalui dua kaedah (mixed methods) iaitu kualitatif dan kuantitatif. setakat ni aku baru wat proposal jerk..hehehehe... :P .. Sebenarnya banyak unsur-unsur teladan dalam lirik lagu Tan Sri Dato Sm Salim ni..bukan kita nak dengar lagu dia yang best tu je..hehehehe.. kalo wat survei ntah2 brape orang je yang dengar lagu berentak irama Malaysia ni.. Ok la nanti aku sambung cerita pasal kajian ilmiah aku ni ok.. Nantikan kemunculannya...





*kalau rakan-rakan ada pendapat tentang kajian ilmiah yang saya lakukan tinggalkan comment anda di bawah. kerjasama anda amat dihargai.

Rabu, 9 September 2009

2 DISEMBER

2 Disember

Kau menjelangkini

Kau hadirtiba

Detik yang bisa membuat mentari tersenyum

Menyinari hidupku


2 Disember

Mampukah jasmaniku

Berupayakah rohaniku

Untuk membalas jasa dan kasih sayangmu

Mengenal erti kehidupan


Kehadiranmu 2 Disember

Lamaku nantikan

Namun kau pergi

Kau pergi

Umpama matahari meninggalkan siangnya


Namun

2 Disember akan datang

Dapatkah aku bersamamu lagi

Meraikan hari

Yang ku nanti selalu

Aku masih berharap kau kan kembali nanti

Bagi mengenang memori.




(sajak ini aku tujukan khas buat Bonda (Hamidah binti Kordi) dan Siti Fatimah Nor binti Romly sempena hari lahir mereka...)

TERCIPTA UNTUKMU


TERCIPTA UNTUKMU...

Segala penulisan "Tercipta Untukmu" adalah berdasarkan realiti hidupku... Maafkan diri ini jika ada kekurangan... Kerana semua ini digaris permulaan... Pengakhirnya belum kutahui lagi... Bilakah??? Bonda, Ayahanda, Kekasihku, Saudaraku, Guru-guruku, Rakan-rakanku... Restui perjuangan ini...
Yang sebenarnya aku bahagia bersamamu....