Haaa!!!!!!Apa itu
Cleaner Soccer???
Anda semua tahu???
Haa...ni aku nak cerita kat korang semua...
Sebenarnya ni salah satu sukan yang baru diperkenalkan oleh
Mr Ali, Amirul, Haqemi dan Nik. Sangat-sangat menarik... huhuhu... Bagaimana terciptanya permainan ini??? bunyi pun dah pelik kan??? Ceritanya bermula ketika pemain-pemain futsal KPZ sedang bermain futsal di gelanggang Za'ba. Sedang kami seronok beraksi di gelanggang futsal tersebut (itu pun sebab
Amirul buat skill ala-ala
samba dengan
terkangkang-kangkang) hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi, dalam ramai-ramai yang main futsal tu tinggal la
Mr Ali, Aizat, Amirul, Haqemi, Nik dan Stanley. Maka bermulalah sesi sembang-menyembang yang menggantikan sesi bersukan tadi. Tiba-tiba terdetik di hati aku nak cuba belajar skill yang telah
Amirul lakukan tadi (
samba kangkang). Aku terus ambil bola dan terus lakukannya sambil disertai juga oleh
Nik aka Zizan dan Haqemi. Arghhhh.... Dalam hati aku "susah betul la nak buat skill ni". Selang 2minit aku sudah mula bosan kerana skill itu amat sukar nak ditiru. Tiba-tiba terlintas difikiranku untuk bermain
Cleaner Soccer setelah aku melihat
penyodok sampah serta
penyapu longkang Mak Cik Cleaner. Nak buat apa dengan
penyodok sampah dan
penyapu tu erkk??? Hehehe.. Apa lagi, nak wat tiang gol la... Sebab itulah permainan ni dinamakan
Cleaner Soccer kerana menggunakan peralatan untuk membersihkan
blok Pintar ni.
Mak Cik Cleaner jangan marah tau, kitaorang pinjam kejap je... Perrggghhhh... Lagi penat main
Cleaner Soccer ni daripada main futsal...
Amirul sekejap je dah pancit. Nasib baik ada
Matmin ganti Amirul...
Skill je lebih stamina zero... hahaha.. Mirul jangan marah.. Penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut hanyalah
Aizat dan Stanley..Opsss..
Amirul pun ada tengok tapi masih
tercungap-cungap... Perlawanan tersebut tamat setelah seruan azan berkumandang (nasib baik ada orang azan kat surau kalau tak sampai pukul 9 masih diteruskan). Kemenangan milik team
Mr Ali dan Matmin (selepas menggantikan
Amirul) dengan jaringan
6-5 mengalahkan team
Haqemi dan Nik...