Sabtu, 12 September 2009
Khamis, 10 September 2009
Kajian Lapangan ( Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai, Hulu Langat)
bergambar di hadapan surau kg. org asli sg gabai
Orang asli kat sini adalah dari suku kaum Temuan yang juga merupakan antara suku kaum org asli yang terbesar kat Malaysia ni. ermmm... org asli yang pertama aku jumpe kat kmpg org asli ni mesti la tok batin..hehehe.. namanya Yatim.. So aku pun mula interview tok batin ni. muda lagi dia ni. baru 35 tahun.
ni la pic aku ngan tok batin
cenderahati tanda kenangan
anak-anak org asli yg comel :)
dari kiri, ali,simon,jenab,tok wan,ct ct ngan anak-anak org asli
Lepas aku dah interview tok batin aku g la interview penduduk kmpg yang lai. selesai aku dapatkan maklumat, aku g air terjun Sg. Gabai plak.. best tue.. rugi kalo korg x g..hehehe.. cantik view kat situ. nasib baik la masa aku g tempat 2 time puasa..kalo x dah tentu aku terjun kat air yang sejuk 2...

nasib baik time puasa, kalo x aku dah terjun...
indahnye pemandangan air terjun nie


aku ngan baby..hehehe :p
menarik kan???
hehehehe...masa perjalanan pulang aku singgah jap kat empangan air hulu langat. cantik view kat empangan 2.. so aku syorkan korg g la melawat kat sini. 1st kita dapat kaji masyarakat org asli yang merupakan etnik minoriti kat Malaysia ni. 2nd cuti-cuti Malaysia...hehehe...
pemandangan di empangan hulu langat

aku dengan kudin (RA aku ni..hehehe)

Pastu setel semua 2 aku blk tdo la..hehehe...
Sepintas Lalu Tentang Kajian Ilmiahku
Tujuan menulis entri ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan mengenai kajian ilmiah yang aku lakukan. Kajian yang sedang aku lakukan ialah mengenai unsur-unsur teladan yang terkandung dalam lirik lagu Tan Sri Dato SM Salim.

Projek ilmiah aku ni diselia oleh Dr. Normaliza Abd Rahim yang juga sebagai penasihat akademik aku. Errrmmm..tegas orangnye tp best la..hehehehe... Ok2 berbalik pada kajian ilmiah yang aku lakukan tadi tu..Kaedah kajian yang aku gunakan adalah melalui dua kaedah (mixed methods) iaitu kualitatif dan kuantitatif. setakat ni aku baru wat proposal jerk..hehehehe... :P .. Sebenarnya banyak unsur-unsur teladan dalam lirik lagu Tan Sri Dato Sm Salim ni..bukan kita nak dengar lagu dia yang best tu je..hehehehe.. kalo wat survei ntah2 brape orang je yang dengar lagu berentak irama Malaysia ni.. Ok la nanti aku sambung cerita pasal kajian ilmiah aku ni ok.. Nantikan kemunculannya...

*kalau rakan-rakan ada pendapat tentang kajian ilmiah yang saya lakukan tinggalkan comment anda di bawah. kerjasama anda amat dihargai.
Rabu, 9 September 2009
2 DISEMBER
2 Disember
Kau menjelangkini
Kau hadirtiba
Detik yang bisa membuat mentari tersenyum
Menyinari hidupku
Mampukah jasmaniku
Berupayakah rohaniku
Untuk membalas jasa dan kasih sayangmu
Mengenal erti kehidupan
Lamaku nantikan
Namun kau pergi
Kau pergi
Umpama matahari meninggalkan siangnya
2 Disember akan datang
Dapatkah aku bersamamu lagi
Meraikan hari
Yang ku nanti selalu
Aku masih berharap kau kan kembali nanti
Bagi mengenang memori.
(sajak ini aku tujukan khas buat Bonda (Hamidah binti Kordi) dan Siti Fatimah Nor binti Romly sempena hari lahir mereka...)
TERCIPTA UNTUKMU

TERCIPTA UNTUKMU...
Segala penulisan "Tercipta Untukmu" adalah berdasarkan realiti hidupku... Maafkan diri ini jika ada kekurangan... Kerana semua ini digaris permulaan... Pengakhirnya belum kutahui lagi... Bilakah??? Bonda, Ayahanda, Kekasihku, Saudaraku, Guru-guruku, Rakan-rakanku... Restui perjuangan ini...
Yang sebenarnya aku bahagia bersamamu....