Jumaat, 13 November 2009

Cleaner Soccer

Haaa!!!!!!
Apa itu Cleaner Soccer???
Anda semua tahu???
Haa...ni aku nak cerita kat korang semua...
Sebenarnya ni salah satu sukan yang baru diperkenalkan oleh Mr Ali, Amirul, Haqemi dan Nik. Sangat-sangat menarik... huhuhu... Bagaimana terciptanya permainan ini??? bunyi pun dah pelik kan??? Ceritanya bermula ketika pemain-pemain futsal KPZ sedang bermain futsal di gelanggang Za'ba. Sedang kami seronok beraksi di gelanggang futsal tersebut (itu pun sebab Amirul buat skill ala-ala samba dengan terkangkang-kangkang) hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi, dalam ramai-ramai yang main futsal tu tinggal la Mr Ali, Aizat, Amirul, Haqemi, Nik dan Stanley. Maka bermulalah sesi sembang-menyembang yang menggantikan sesi bersukan tadi. Tiba-tiba terdetik di hati aku nak cuba belajar skill yang telah Amirul lakukan tadi (samba kangkang). Aku terus ambil bola dan terus lakukannya sambil disertai juga oleh Nik aka Zizan dan Haqemi. Arghhhh.... Dalam hati aku "susah betul la nak buat skill ni". Selang 2minit aku sudah mula bosan kerana skill itu amat sukar nak ditiru. Tiba-tiba terlintas difikiranku untuk bermain Cleaner Soccer setelah aku melihat penyodok sampah serta penyapu longkang Mak Cik Cleaner. Nak buat apa dengan penyodok sampah dan penyapu tu erkk??? Hehehe.. Apa lagi, nak wat tiang gol la... Sebab itulah permainan ni dinamakan Cleaner Soccer kerana menggunakan peralatan untuk membersihkan blok Pintar ni. Mak Cik Cleaner jangan marah tau, kitaorang pinjam kejap je... Perrggghhhh... Lagi penat main Cleaner Soccer ni daripada main futsal... Amirul sekejap je dah pancit. Nasib baik ada Matmin ganti Amirul... Skill je lebih stamina zero... hahaha.. Mirul jangan marah.. Penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut hanyalah Aizat dan Stanley..Opsss..Amirul pun ada tengok tapi masih tercungap-cungap... Perlawanan tersebut tamat setelah seruan azan berkumandang (nasib baik ada orang azan kat surau kalau tak sampai pukul 9 masih diteruskan). Kemenangan milik team Mr Ali dan Matmin (selepas menggantikan Amirul) dengan jaringan 6-5 mengalahkan team Haqemi dan Nik...

2 ulasan:

  1. hahahaha..xley bla li...gle,kne knalkan ni...best2..pnat dow...kaki byk bekerja...hahahaha...li,aku nk cilok ni nk ltak kt blog aku...hahahaha

    BalasPadam
  2. huhu...
    mcm2 arr korg nie..
    penyapu pown leh wat maen ek...

    BalasPadam